Artikel: Kejujuran

Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Berikut ialah artikel oleh Anita Aye Epoi, KPLI Bimbingan [Ambilan Januari 2010].

KEJUJURAN

Nilai Kejujuran atau Amanah adalah salah satu dari  nilai Islam. Setiap agama menuntut kita mengamalkan kejujuran. Tuntutan agama terhadap kejujuran itu telah diabaikan oleh manusia. Lihatlah di sekeling anda, ketidakjujuran sering berlaku hampir pada setiap masa. Kejujuran boleh didefinisikan sebagai “mengakui, berkata atau memberikan suatu informasi yang sesuai mengenai kenyataan dan kebenaran.” Penerapannya dalam kehidupan seharian, pada kebiasaannya tahap kejujuran seseorang selalunya dinilai dari ketepatan dan pengakuan tentang apa yang  diperkatakannya. Apabila seseorang bersikap jujur, sikap benar dan amanah akan juga wujud di situ. Untuk menjadi seorang insan, kejujuran sangat diperlukan terutamanya seorang guru kerana setiap kerja dan tanggungjawab memerlukan kejujuran. Sebagai seorang guru, kita harus mengetahui bila dan bagaimana kita mengamalkan sikap kejujuran.

Sebagai seorang guru, kejujuran sangat penting kerana tugas yang diamanahkan amat berat kerana tugas utama yang  diberikan adalah untuk mendidik dan membentuk anak-anak bangsa. Dalam melakukan tugas dan tanggungjawab kita sebagai guru, kejujuran diperlukan dalam menyampaikan maklumat yang benar kepada murid-murid. Maksudnya, niat untuk mengajar murid-murid kita adalah benar dan ikhlas. Ini kerana, maklumat yang disampaikan kepada murid adalah informasi yang dianggap benar dan berguna bagi membentuk mereka menjadi modal insan. Jika maklumat disampaikan dengan tidak jujur, maka murid-murid juga akan tertipu. Guru juga tidak digalakkan untuk memungkiri janji kepada murid kerana ianya merupakan tindakan yang tidak jujur. Walaubagaimanapun, ketidakjujuran juga ada pentingnya di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Contohnya, semasa memberi motivasi kepada murid-murid untuk berjaya, kita telah mendapati bahawa beberapa orang murid yang memang sangat lemah di dalam pelajaran, tetapi kita telah memberi kata perangsang kepada mereka dengan berkata “anda semua pasti berjaya, anda boleh lakukannya”. Dalam contoh tersebut, guru telah melakukan ketidakjujuran di dalam memberi kata perangsang kepada murid walaupun guru sedar bahawa murid tersebut memang tidak mampu untuk melakukannya. Jika guru tersebut jujur menyatakan bahawa murid tersebut memang tidak dapat berjaya dalam pelajaran dan mengatakan murid itu bodoh, maka ianya akan memberi impak negatif kepada murid tersebut iaitu merasa rendah diri. Maka, kejujuran di dalam menjalankan tugas sebagai seorang guru adalah amat penting tetapi ada kalanya kita memerlukan ketidakjujuran mengikut keadaan.

Menurut kenyataan di dalam akhbar beberapa bulan yang lepas, Menteri Pelajaran telah menyatakan bahawa semua guru akan diwajibkan bertugas di kawasan pedalaman sekuran-kurangnya selama tiga tahun. Dalam kenyataan tersebut, saya mengandaikan bahawa ramai guru yang akan berjauhan daripada keluarga masing-masing, daripada orang tersayang seperti kekasih, suami atau isteri, ibubapa dan sebagainya. Apabila seseorang guru berjauhan daripada orang yang mempunyai hubungan cinta, beliau haruslah jujur di dalam perhubungan tersebut. Seseorang guru harus menjaga pergaulannya dengan orang lain dan tidak melakukan perkara terlarang semasa berjauhan. Pada masa kini, ramai keluarga yang berpecah kerana mereka berjauhan antara satu sama lain dan tidak wujudnya kejujuran.

Dalam melakukan tugas sebagai seorang guru, guru haruslah bersikap jujur. Seperti yang kita tahu, tugas guru bukan sahaja mengajar dan membimbing murid-murid, tetapi banyak lagi tugas lain contohnya melakukan tugas pentadbiran, kebajikan murid, kokurikulum murid dan sebagainya. Dalam melakukan tugas-tugas ini semua, guru haruslah jujur dan iklas melakukannya kerana jujur dan ikhlas akan menghasilkan kerja yang berkualiti. Maksudnya ialah sesuatu kerja akan memberikan hasil yang baik dan berkualiti apabila kita melakukannya dari hati kita.

Selain daripada itu, kejujuran di dalam menjalankan kehidupan seharian juga sangat perlu. Sifat kejujuran haruslah diperaktikkan di dalam kehidupan seharian kita. Agama tidak mengajar kita supaya berbohong di dalam percakapan kita dan perlakuan kita dengan orang di sekeliling kita. Kita haruslah bercakap benar dan jujur dalam pergaulan dengan orang lain.

Jujur terhadap diri sendiri juga amat penting. Jujur terhadap diri sendiri bermaksud tidak menipu diri sendiri dan amanah dengan diri sendiri. Apabila kita mempunyai kehendak yang tidak boleh dicapai, kita hendaklah memujuk diri kita sendiri supaya tidak kecewa. Tetapi sebenarnya di dalam lubuk hati kita, kita sebenarnya kecewa. Kita tidak menunjukkan kita kecewa atau sedih kerana tidak mahu menunjukkan keadaan sebenar kepada orang laun. Sifat ini juga tidak jujur, tetapi ianya boleh membawa kebaikan kerana kita ingin menunjukkan kita dalam keadaan ceria dan tidak mahu melibatkan orang lain dalam kesusahannya.

Sebagai  kesimpulannya, kejujuran adalah satu nilai yang sangat baik dan harus dipraktikkan dalam kehidupan seharian, dalam menjalankan tugas, dalam hubungan dan sebagainya. Semua agama mengajar kita untuk bersikap jujur di antara satu sama lain. Namun begitu, dalam menjalankan tugas kita, dalam perhubungan dengan orang lain dan dalam menjalankan kehidupan seharian, kejujuran kadang-kadang perlu dijadikan ketidakjujuran untuk mengelakkan perkara tidak baik berlaku. Namun begitu, ianya mestilah digunakan sebaik mungkin untuk membuat sesuatu yang benar dan baik. SEKIAN.

SEMOGA MEMBERI MANFAAT KEPADA KITA SEMUA.

Salam Aidilfitri dari JPIM.

About these ads
This entry was posted in Akademik and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s