Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Program j-QAF 2/2008

Institut Perguruan Rajang, Bintangor: Satu mesyuarat berkaitan penyelarasan pelaksanaan program j-QAF telah diadakan di Bilik Seroja pada 17 Julai 2008, bermula jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 2.00 petang.

Pengarah Institut Perguruan Rajang telah sama-sama menyambut kedatangan ahli mesyuarat ke IPR yang berkampung di salah sebuah hotel terkenal di Sibu. Pengarah IPR juga telah membuat ucapan aluan sebelum mesyuarat berlangsung. Mesyuarat seterusnya telah dipengerusikan oleh Tn. Hj. Mohd. Bin Hj. Taib, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Putra Jaya.

Mesyuarat telah dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Bahagian Pendidikan Islam Putra Jaya, pegawai-pegawai dari Bahagian Pendidikan Guru Putra Jaya, pegawai-pegawai dari Sektor Pendidikan Islam dan Moral Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, pegawai-pegawai dari Pejabat Pendidikan Gabungan seluruh Sarawak serta pensyarah-pensyarah pendidikan Islam dari 4 Institut Perguruan di Sarawak.

Sebelum itu, pada 16 Julai 2008, kesemua ahli mesyuarat tersebut telah melakukan pemantauan dan perbincangan secara berkumpulan ke 9 buah sekolah di Bahagian Sibu dan 6 buah sekolah di Bahagian Sarikei untuk melihat dengan lebih dekat keberkesanan program j-QAF di sekolah-sekolah tersebut. Perbincangan dengan Guru Besar, guru j-QAF dan guru Pendidikan Islam juga telah dilaksanakan semasa pemantauan tersebut untuk mengenalpasti masalah dan pendekatan yang sesuai bagi menjaya program j-QAF ini.

This entry was posted in Berita IPRajang. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s