Aplikasi Kemoralan

APLIKASI KEMORALAN

Moral melibatkan manusia dan perhubungan manusia dengan alam, makhluk lain, manusia dan bukan manusia.

Dalam aplikasi kemoralan, terdapat 4 aspek:

  • Kemoralan agama
  • Kemoralan sosial
  • Kemoralan individu
  • Kemoralan alam

KEMORALAN AGAMA

Merujuk kepada perhubungan antara manusia dengan Tuhan atau Kuasa Luar Biasa.

Keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan, membuat apa yang diperintah-Nya dan menghindari apa yang dilarang-Nya merupakan asas kehidupan moral manusia.

KEMORALAN SOSIAL

Merujuk kepada hubungan sesama manusia. Aspek ini merupakan aspek terpenting dalam hidup manusia dan melibatkan semua aspek lain dan dibincangkan dalam kebanyakan sistem etika.

KEMORALAN INDIVIDU

Merujuk kepada hubungan manusia dengan dirinya atau kawalan diri berdasarkan kod moral sendiri yang mungkin diterima atau tidak oleh masyarakat atau agama. Sesuatu perlakuan dinilai berdasarkan penilaian sendiri oleh individu.

Juga merujuk kepada tanggungjawab individu kepada diri sendiri untuk mengembangkan kepentingan, bakat dan kepercayaannya.

KEMORALAN ALAM

Merujuk kepada perhubungan manusia dengan alam.

Setiap benda di alam ini mempunyai nilai dan faedah. Manusia bertanggungjawab mengurus alam untuk menjamin keselesaan hidup. Pencemaran alam adalah kesan kurangnya kesedaran kemoralan manusia terhadap alam sekitar.

Kesedaran moral terhadap alam menekankan alam semula jadi sebagai sebahagian daripada kehidupan manusia.

MAKNA MORAL DAN ETIKA

Makna Moral

Moral adalah tingkah laku manusia sejajar dengan ajaran, peraturan, adat dan agama yang ditetapkan oleh masyarakat.

Ajaran, peraturan, adat dan agama ini menentukan bagaimana manusia harus hidup dan bertindak agar menjadi manusia baik.

Definisi Etika

Etika adalah falsafah tingkah laku. Etika didefinisikan sebagai sains moral dan prinsip-prinsip moral yang bertanggungjawab menentukan tindakan seseorang dengan mematuhi nilai-nilai moral.

Definisi Sarjana

J.L. Mackie mendefinisikan moral dan etika sebagai “disiplin yang dapat menerangkan nilai baik dan buruk sesuatu perbuatan serta menyediakan garis-garis perbezaan antara kebaikan dan keburukan seseorang.”

A.R. Licey dan W.L. Reese menyamakan istilah moral dengan etika. Mengikut mereka, moral dan etika merujuk kepada “kegiatan aktiviti praktikal yang melibatkan tingkah laku, adat dan cara hidup serta aspek niat dan kecenderungan seseorang atau masyarakat dalam melakukan sesuatu aktiviti.”

Dalam bidang falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang bertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia. Secara am, apabila kita mengatakan seseorang itu sebagai bermoral atau tidak bermoral, ia bermaksud sama ada orang itu baik atau tidak. Apabila kita merujuk kepada tindakan manusia sebagai bermoral atau tidak, ini bererti tindakan itu adalah sama ada betul atau salah.

Falsafah Baik Buruk

Dalam falsafah, etika merujuk kepada pengajian moral yang tertumpu kepada nilai dan kelakuan manusia.

Apabila kita mengatakan seseorang itu sebagai bermoral atau tidak bermoral, maksudnya ialah orang itu adalah orang yang baik atau tidak baik.

Apabila kita merujuk kepada tindakan manusia sebagi bermoral atau tidak bermoral, maksudnya ialah tindakan itu adalah betul atau salah.

[bahan dari ‘infoshare.2bryan.com’]

This entry was posted in Akademik. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s