Syarat Ambil Bakal Guru Semakin Ketat?

Assalamualaikum.

Sekadar nak berkongsi petikan akhbar online hari ini. Katanya  hanya 2000 orang  lepasan SPM akan mengikuti pengajian di IPG ambilan Jun 2010.

Teringat suatu ketika ketika menemuduga bakal guru ini,  gaji guru yang semakin baik menjadi ukuran selain cuti guru yang panjang, menyebabkan mereka berminat terhadap profesion keguruan.  Semoga pandangan dan perspektif bakal guru akan datang tidak lagi mengambil kira faktor tersebut. Apa yang penting sekali ialah tugas guru sebagai amanah dari Allah (Tuhan) dan mereka terpilih kerana sudah ditakdir dan dipilih oleh Ilahi. Bukan semata-mata sebagai kerja, karier atau profesion, sebaliknya ia merupakan ‘vocation’. Dengan kata lain terpilih dan ditakdirkan Ilahi dalam qada dan qadarNya.

_______________________________________________

Syarat ketat ikuti kursus guru

Oleh Haika Khazi
mfaizul@bharian.com.my
2010/03/21

Hanya 2,000 tempat untuk lulusan SPM ditawar ke IPG tahun ini


PUTRAJAYA: Kementerian Pelajaran akan memperketatkan syarat kemasukan bagi lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berminat mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk pengambilan Jun 2010.


Timbalan Menterinya, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata antara syaratnya ialah semua calon wajib memperoleh keputusan cemerlang sekurang-kurangnya dalam tiga mata pelajaran ditetapkan iaitu Bahasa Melayu, Sejarah dan satu mata pelajaran lain serta lulus Bahasa Inggeris.


Beliau berkata, langkah itu perlu kerana secara keseluruhannya kementerian hanya menyediakan kira-kira 2,000 tempat untuk lulusan SPM mengikuti kursus peringkat ijazah sarjana muda di IPG di seluruh negara tahun ini.


“Kita kena faham keperluan guru sentiasa meningkat dan berubah. Saya mengambil contoh baru-baru ini kita menghadapi masalah kekurangan guru Sejarah dan Kemahiran Hidup. Justeru, kita akan mengambil kira keperluan untuk mengisi kekosongan guru mata pelajaran berkenaan.


“Kita juga sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memastikan bekalan guru sentiasa mencukupi bagi menampung keperluan di sekolah menengah yang gurunya disediakan institusi pengajian tinggi awam (IPTA),” katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan bidang Sains, Matematik, Teknologi dan Reka Cipta kepada 499 graduan IPG dari seluruh negara di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini semalam.


Kumpulan graduan berkenaan mengikuti kursus berkembar dengan Canterbury Christ Church University dan University of Hertfordshire dari United Kingdom (UK) serta Deaklin University, Australia.


Dalam perkembangan lain, Puad berharap semua guru bersedia ditukar atau ditempatkan di kawasan luar bandar dan pedalaman terutama di Sabah dan Sarawak jika diarah berbuat demikian.


Sambil bersyukur kerana kementerian kini tidak lagi menghadapi masalah menempatkan guru baru bertugas di kawasan luar bandar dan pedalaman, beliau berkata, setakat ini tiada aduan diterima mengenai guru baru yang menolak tawaran bertugas di pedalaman.

Wallahu a’lam

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s