Lagi Tentang Guru

Assalamualaikum.

Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, pada 2009 pernah menyarankan agar guru-guru menerima sahaja tugasan yang diberi kerana ia akan membentuk sikap bertanggungjawab dan dedikasi kepada tugas sebagai pendidik. Saya percaya semua guru bersetuju dengan pandangan ini, di mana pendedahan kepada pelbagai bidang tugas memang satu nilai tambah kepada modal insan guru.

Kita juga sering digembar-gemburkan dengan bebanan tugas guru  terutamanya kerja-kerja perkeranian dan pentadbiran yang kononnya menyebabkan hampir 80 peratus guru hilang fokus dari segi masa dan tenaga yang sepatutnya ditumpukan kepada tugasan sebenar, iaitu mengajar di dalam kelas. Terdapat juga kenyataan; kalau ditambah bilangan guru 10 kali ganda pun, tapi kalau semuanya hendak buat kerja perkeranian dan pentadbiran, sukar untuk merubah keadaan sekolah-sekolah kita.

Ini jugalah yang menimbulkan rungutan sebahagian guru-guru. Apabila proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) terganggu, murid ketinggalan dalam akademik dan menimbulkan masalah disiplin. Kemudian ibu bapa pula merungut.

Semua yang bergelar guru tentu maklum bahawa tugas utama mereka adalah mengajar. Tetapi ini tidak bererti guru tidak boleh melibatkan diri atau dilibatkan dengan pelbagai tugasan lain. Guru-guru saya pada lewat tahun 80-an dahulu menyebut: ”Guru adalah segala-galanya”.

Melaksanakan tugasan lain bukan bererti ia perlu dibuat sehingga mengabaikan tanggungjawab masuk ke kelas untuk menyempurnakan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang telah dijadualkan. Guru perlu bijak mengimbangi masa dan kepelbagaian tugasan kerana ia bukan sahaja memberikan seseorang guru itu pengalaman yang berharga bahkan dapat meningkatkan pelbagai kemahiran dalam melaksanakan tugasan lain. Erti guru yang sebenar ialah guru yang bijak mempelbagaikan potensi serta kebolehan diri baik dari aspek P&P mahupun tugas sampingan yang diamanahkan kepadanya.

Memang terdapat guru yang hanya pandai merungut dan menolak tugasan lain yang diberikan tetapi peliknya guru seperti ini tidak pula  menolak kenaikan pangkat secara ‘time-based’ setelah 10 tahun berkhidmat. Menarik bukan!!? Dan mereka juga ada masa bahkan ‘mencuri’ masa untuk membuka kelas tusyen berbayar yang mendatangkan pendapatan tambahan kepada mereka. Di sini nampaknya tiada rungutan…

Beberapa tuduhan yang mempertikaikan kebolehan seseorang guru seperti ‘guru bestari’, ‘guru cemerlang’ dan ‘guru pakar’, juga amat tidak adil. Ini adalah kerana proses  perlantikan seseorang guru cemerlang bukanlah dibuat secara ‘tangkap muat’. Ia bermula dengan permohonan rasmi oleh individu guru itu sendiri, diperaku dan disokong oleh pentadbir sekolah, dinilai oleh rakan-rakan guru serta warga sekolah dan dinilai oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, kemudian akhirnya seseorang guru itu dimartabat dan dilantik sebagai guru cemerlang. Satu proses yang rumit sebenarnya.

Saya juga berpendapat bahawa wajar seseorang guru itu, berdasarkan pengalaman, ilmu dan kebolehan memimpin, diberi penghormatan serta kepercayaan menjadi pemimpin organisasi pendidikan sama ada sebagai Ketua Panitia Mata Pelajaran di sekolah, sehinggalah kepada jawatan Pengarah Pelajaran Negeri atau juga sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

Sebagai peringatan akhirnya, kita perlu akur bahawa tugas mendidik ke arah ‘kemenjadian’ seseorang pelajar itu bukanlah terletak semata-mata di atas bahu guru, bahkan ia juga melibatkan institusi kekeluargaan dan masyarakat secara langsung. Bersama-samalah kita warga guru memartabatkan profesion keguruan di Malaysia.

Sekian.

This entry was posted in Umum. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s