Pakaian Seksi?

Assalamualaikum.

Salam Sejahtera.

Berikut saya nak kongsikan dengan anda berkaitan komen pembaca terhadap ‘pakaian guru’.

Utusan Malaysia Online: 29 Jun 2010

Guru jangan berpakaian menjolok mata.

Saudara Pengarang,

SETIAP warga pendidik yakni guru di sekolah tidak seharusnya memakai pakaian yang menjolok mata para pelajar.

Seperti orang kata ‘cikgu seksi, pelajar seksa’. Setiap guru perlu mematuhi etika berpakaian semasa waktu persekolahan berlangsung.

Masalah ini diutarakan kerana ramai guru terutamanya yang bukan beragama Islam memakai pakaian yang terlalu menjolok mata. Guru-guru ini memakai skirt singkat atas paras lutut, baju yang mendedahkan dada. Cara berpakaian seperti ini seharusnya diharamkan di kawasan sekolah.

Etika berpakaian yang dilaksanakan oleh kerajaan perlu dipatuhi oleh semua guru di Malaysia.

Jika etika ini dipatuhi oleh semua guru, sudah pasti dapat mengurangkan kes rogol antara pelajar dan guru.

Guru-guru ini sepertinya ingin menunjukkan tubuh badan dan akibatnya mereka berkemungkinan besar dirogol oleh pelajar yang bermasalah sosial.

Kementerian Pelajaran perlu mengambil tindakan yang sewajarnya kepada guru-guru yang tidak mematuhi etika ini.

Pengetua dan guru besar perlu memastikan guru-guru mereka sentiasa berpakaian yang sopan semasa di sekolah.

Jangan senyum dan tidak mengendahkannya apabila melihat perkara ini berlaku di sekolah mereka.

AZMEEN

Muar

_________________

Untuk renungan anda bakal guru atau guru-guru, terutama (maaf) guru wanita.

Sekian. Salam Hormat.

This entry was posted in Umum and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s