Antara Nilai dan Harga Diri

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Saya tertarik dengan satu tulisan yang saya terbaca di blog berkaitan maruah dan harga diri remaja, gadis atau wanita Malaysia masa kini. Menurut beliau harga diri atau maruah ‘mereka’ ini telah jatuh dengan teruk dan parah sehingga mencecah nilai sekeping prepaid RM5.00. Walaubagaimanapun, perlu kita sedar bahawa keadaan sedemikian tidak boleh kita buat satu ‘generalisasi’ bahawa itu adalah situasi mutlak yang melambangkan nilai dan keperibadian ‘perempuan’ di Malaysia. Bak kata pepatah: Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga., atau; Seekor kerbau membawa lumpur semuanya terpalit. Yang pastinya ‘perempuan’ Malaysia bukannya KERBAU.

Pagi ini [19 OGOS 2010] sekali lagi beberapa orang rakyat Malaysia termasuk saya, dikejutkan dengan berita di’dada’ akhbar yang menyebut tentang bayi yang baharu dilahirkan oleh seorang siswi IPT kita telah dijumpai dalam longgokan sampah di tempat pembuangan sampah Hospital Melaka. MasyaAllah. Kejam. Zalim. Sesuatu yang pasti dan terbayang di ‘kepala’ kita sudah tentulah bayi tersebut termasuk dalam kalangan mereka yang ‘tidak dikehendaki’ kerana telah ‘terjadi’ sebelum berlaku akad nikah. Atau lebih mudah untuk difahami, kerana perzinaan. Atau kata-kata ‘lembut’nya, terlanjur. Dan sebagainya. Penyimpangan seks, iaitu zina sesuatu yang amat keji dan mesti dihindari setiap Muslim sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “…dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu perbuatan yang sangat keji dan satu jalan yang sangat buruk.” Nak mendekati pun dilarang, apatah lagi melakukannya secara langsung.!

Apakah kita rakyat Malaysia ini terlalu jahil, sedangkan kurikulum ‘Pendidikan Islam’ ‘kita’ merupakan antara yang terbaik di dunia. Negara-negara Arab pun datang ke Malaysia semata-mata untuk menceduk dan mencontohi kurikulum pendidikan ‘kita’. Selain itu kita juga diwajibkan berada di ‘bangku’ sekolah sehingga berusia 17 tahun @ Tingkatan 5 secara percuma. Masih jahil? Dan yang ini, dari IPT, JAHIL juga?

Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [22 tahun] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [RM 13 juta] , kemudian Miss Spring [17 tahun] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [18 tahun] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya. Tetapi ‘gadis’ Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . [Minta maaf, saya guna bahasa dari blog tersebut].

Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan. Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala. Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut. Rosak nilai, hancur maruah dan binasa tamadun.

Sungguh menggerunkan apabila statistik jenayah rogol, zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti ‘tiada tempoh tamat’ yang ditetapkan. Bermula dengan pergaulan bebas, pil ectasy, dadah, arak, pusat pelacuran, filem porno, laman lucah dan sebagainya.

BAGAIMANA PULA DENGAN ANDA BAKAL GURU YANG DILATIH DI IPG SELURUH NEGARA. Adakah anda juga gagal menggunakan akal budi dan keimanan bagi mengasingkan nilai baik dan buruk sehingga sanggup ‘mengandung’ sebelum nikah? Kalau guru yang di’keluar’kan dari IPG telah sedia ‘busuk’, bagaimana mungkin ‘anda’ dapat membentuk generasi hadapan menjadi modal insan yang bersih dan suci, pelapis kepada barisan kepemimpinan yang ada sekarang. Jangan sampai kita sekali lagi dijajah dan terjajah di negara sendiri. MALAYSIA AKAN MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 53 pada 31 OGOS 2010. Pada usia kemerdekaan yang masih ‘mentah’ ini, kita seolah-olah lalai dan terikut-ikut budaya jahat masyarakat barat, termasuk dadah dan zina.

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA RAMADHAN DARI KAMI DI JPIM, IPG Kampus Rajang, Sarawak.

Sekian. Wassalamualaikum.


This entry was posted in Umum and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s