Memaknakan Puasa sebagai Ibadah

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Selamat menunaikan ibadah puasa, mohon agar Allah swt menerima amal ibadah kita semua, agar turut tergolong dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh dan dijanjikan dengan syurga. InsyaAllah. Firman Allah mafhumnya: Wahai orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu puasa sebagaimana difardukan kepada umat sebelum kamu moga-moga kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183).

Satu pengertian umum yang kita ketahui bila disebut sahaja bab berpuasa ialah, tidak makan dan minum sepanjang hari sehingga masuk waktu solat maghrib. Itulah pengertian yang saya ingat, yang diterapkan oleh ‘guru’ dan ‘orang tua’ saya. Tetapi sebenarnya ‘puasa’ itu bukan hanya apa yang telah disebutkan tadi, bahkan apa yang lebih penting sebagai pra-syarat agar ia diterima Allah atau ‘sah’ ialah dengan menunaikan segala rukunnya.

Rukun puasa ialah dengan berniat mengerjakan puasa pada sebelah malamnya atau sebelum terbit fajar [waktu Subuh], jika ia adalah puasa yang ‘wajib’. Sementara bagi puasa ‘sunat’ pula dibolehkan berniat sebelum ‘gelincir matahari’ atau masuk waktu solat fardhu Zohor. Seterusnya ialah menahan diri dari melakukan segala perkara yang termasuk sebagai ‘membatalkan’ puasa, bermula terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

Sabda Nabi SAW maksudnya: Sesiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta dan amalan dengannya maka tiadalah Allah berhajat baginya untuk dia meninggalkan makan dan minum. (Riwayat al-Bukhari). Mengikut tafsiran hadis ini sebagaimana dalam Fath al-Bari – satu karya yang menghuraikan Sahih al-Bukhari, hadis ini menggambarkan bahawa amalan puasa ini tidak diterima oleh Allah.

Alangkah ruginya puasa yang dilakukan dengan kelaparan dan kehausan namun ia tidak diterima. Perit-jerih bangun bersahur pada awal pagi hanya menjadi amalan yang sia-sia.

Maka menjauhi perkara yang sia-sia sebenarnya merupakan dasar bagi seorang mukmin. Tidakkah al-Quran menjelaskan ciri-ciri golongan mukmin yang berjaya. Antaranya ialah menjauhi perkara yang sia-sia sebagaimana firman Allah mafhumnya: Sesungguhnya orang mukmin telah berjaya. Mereka ialah golongan yang khusyuk dalam solat mereka. Dan golongan yang berpaling menjauhi daripada perkara lagha (sia-sia). (al-Mukminun: 1-3).

Puasa bukanlah sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga semata-mata. Walaupun definisi puasa ialah imsak iaitu menahan diri daripada makan, minum dan perkara yang membatalkan puasa bermula daripada terbit fajar hinggalah terbenam matahari, namun hikmah puasa yang sebenar ialah bagi menjana nilai takwa dalam diri insan.

Oleh itu, ada beberapa riwayat hadis yang menggesa agar akhlak dijaga dengan baik ketika berpuasa. Antaranya sabda Nabi SAW maksudnya: …maka apabila hari puasa seseorang kamu, maka janganlah dia melakukan maksiat dan janganlah dia melakukan perbuatan orang jahil (seperti berkelahi, bertegang lidah dan sebagainya). Maka jika seseorang mencacinya atau melawannya maka hendaklah dia berkata bahawa saya adalah orang yang berpuasa. (riwayat al-Bukhari).

[dipetik dari  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm%5D

Semoga beroleh manfaat. Wassalamualaikum.

This entry was posted in Umum and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s