Antara Puasa dan Mercun

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Dah hampir masuk minggu ke 3 umat Islam menjalani ibadah puasa. Dalam ketenangan kita umat Islam di Malaysia menjalani ibadah puasa, tiba-tiba kita dikejutkan dengan 4 kes kecederaan dan satu kes kematian yang dikaitkan dengan mercun, dalam tempoh beberapa hari terakhir ini.  Aidil Fitri masih ada lebih kurang 1 minggu di depan, pada mulanya menjanjikan kebahagiaan dan keseronokan kepada kanak-kanak ini tetapi berakhir dengan tragedi.

Seorang kanak-kanak prasekolah nyaris buta apabila mercun bola yang dinyalakannya meletup di hadapan matanya dalam satu kejadian, di Kampung Banggu di Kota Bharu hari ini, 23/8/2010.

Seorang pelajar tahun dua cedera ringan di mata, muka dan tangan kirinya apabila mercun bola dijumpainya meletup di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 21/8/2010.

Kuala Terengganu 22/8/2010 – Akibat bermain mercun bola, seorang murid tahun tiga cedera di mata kanan akibat terkena letupannya dalam satu kejadian di …..

Kanak-kanak lelaki  terlantar di hospital selepas jari tangan kanannya hampir putus terkena mercun… Alor Setar 22/8/2010.

Tragedi 12 Ramadan yang berlaku di sebuah rumah di Kampung Seberang Baruh Cabang Tiga, Kuala Terengganu tengah hari semalam cukup menyedihkan. Seorang kanak-kanak berusia 6 tahun mati dalam keadaan menyayat hati dengan mayatnya tercampak dan tersangkut pada sebatang pokok, manakala otaknya …. 22/8/2010.

Timbul persoalan di benak kita, apa relevannya mercun dan bunga api kepada umat Islam menjelang  atau semasa Aidil Fitri. Pelbagai amaran telah dikeluarkan pihak berwajib tentang bahaya mercun dan bunga api, serta tangkapan dan dendaan terhadap penyeludup @ penjual mercun dan bunga api, tetapi kanak-kanak ini masih boleh mendapatkannya dengan mudah?

“Dan keluarkanlah hartamu di jalan Allah serta janganlah kamu campakkan diri kamu sendiri ke dalam kebinasaan” [maksud dari Al-Baqarah : 195].

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya” [maksud dari Al-Israk: 27].

JAUHI MERCUN DAN BUNGA API, SEMOGA AIDIL FITRI MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN DAN KEGEMBIRAAN BUAT KITA, SETELAH BERTUNGKUS LUMUS MENJALANI IBADAH PUASA SEBULAN RAMADHAN.

Salam mesra dari JPIM.


This entry was posted in Umum and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s