Sayangi, Hormati Jalur Gemilang

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Masih segar dalam ingatan saya sewaktu di sekolah rendah, di mana guru saya menegur dan memperingatkan agar sentiasa menghormati Bendera Malaysia (ketika itu). Setiap kali upacara menaikkan bendera semasa perhimpunan pagi, juga sentiasa diingatkan agar bendera tersebut tidak terkena tanah, sebagai tanda hormat dan kasih kepada negara tercinta.

Hari ini (24/08/2010) Utusan Malaysia online melaporkan berita pada 23/08/2010 berkenaan bantahan segelintir rakyat Indonesia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta yang telah mencemar maruah dan imej Malaysia dengan memijak dan meletakkan najis manusia ke atas Jalur Gemilang.

Tunjuk perasaan yang disertai oleh anggota daripada Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (BENDERA) itu bermula dengan orang ramai membawa sepanduk mengecam Malaysia kerana menangkap anggota penguatkuasa negara berkenaan yang sedang menahan nelayan Malaysia yang menceroboh perairan Indonesia dekat Pulau Bintan. Sebelum ini anggota penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia menangkap tujuh nelayan Malaysia yang dituduh menceroboh perairan negara jiran itu. Bagaimanapun timbul kekecohan apabila anggota Pasukan Gerakan Marin cuba menghalang tindakan itu telah menangkap tiga anggota penguatkuasa terbabit. Namun masalah itu diselesaikan secara diplomasi oleh kedua-dua negara apabila kesemua yang ditahan dibebaskan pada 17 Ogos yang lalu.

Pada awal September 2009, Jalur Gemilang juga menjadi mangsa tidak puas hati segelintir rakyat Indonesia (juga kumpulan BENDERA) dengan membakarnya, selain ancaman menghapuskan rakyat Malaysia di Indonesia dengan menggunakan buluh runcing. Salah faham timbul apabila Malaysia dikatakan ‘mencuri’ tarian Pendet, padahal Malaysia tidak pernah mengaku Pendet adalah kepunyaan Malaysia.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah “mencuri” tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu “jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta”.

Semoga selepas ini tiada lagi pencemaran maruah Malaysia oleh rakyat asing melalui Jalur Gemilang. Lebih-lebih lagi Malaysia dan Indonesia adalah satu rumpun, maka wajarlah kita menjalin kerjasama dan bersatu hati.

KIBARKAN JALUR GEMILANG. SELAMAT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN KE 53 UNTUKMU MALAYSIA.

Salam Hormat dari kami di JPIM.

This entry was posted in Umum and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s