Nilai: Hemah Tinggi

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Berikut adalah artikel pendek sumbangan Philoniza ak Miseng, Kumpulan KPLI Bimbingan dan Kaunseling Ambilan Januari 2010.

Wawasan 2020 merupakan cabaran besar pada negara untuk membangun satu struktur yang mantap, fleksibel dan berdaya saing tinggi. Cabaran ini sangat besar tetapi bukan mustahil. Dalam menghadapi era globalisasi ini, negara kita telah memandang serius untuk membangun seterusnya memajukan modal insan. Modal insan adalah pekerja, personel, tenaga manusia dan sumber manusia ataupun dikenali sebagai HRD, HRM, HCD dan talent management. Usaha ini adalah untuk mengiktiraf insan sebagai satu aset berharga atau lebih penting daripada aset lain seperti fizikal, kewangan, jentera dan sebagainya. Tambahan pula, ianya bukan sebagai satu kos yang mesti ditanggung atau liabiliti kepada organisasi kerana pelaburan dalam modal insan secara strategik dan bijak boleh membawa pulangan kepada organisasi dalam erti kata lain, kejayaan organisasi dimasa hadapan akan ditentukan oleh kekuatan modal insan.

Dalam perutusan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sempena hari kemerdekaan ke-48 pada tahun 2005,beliau mengatakan:

“Untuk membangunkan modal insan, kita mahu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya, kita mahu mendidik mereka menjadi bangsa yang berpekerti mulia, mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar,cintakan negara dan mereka juga mempunyai kekuatan jasmani dan kekuatan rohani. Kita mestilah menjadi rakyat yang cintakan negara ini, rakyat yang bersemangat, bersedia bekerja dengan kuat, bekerjadengan rajin serta menjadi rakyat yang mengamalkanbudi bahasa yang bermutu tinggi.”

Begitu juga dengan  Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang disuratkan pada tahun 1987 berbunyi:

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kearah perkembangan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”

Falsafah Pendidikan ini menjurus ke arah mencirikan insan dan warganegara yang baik dengan mengemukakan ciri-ciri percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia , bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara, berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara serta memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. Keseimbangan dan keharmonian yang terdapat dalam FPN akan dapat dicapai jika nilai-nilai murni ini dapat direalisasikan melalui kurikulum khususnya dalam pendidikan formal dan tidak formal supaya ilmu pengetahuan akan dapat diperkembangkan.

Melalui perutusan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi sempena hari kemerdekaan ke-48 pada tahun 2005 dan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan nilai hemah tinggi dalam  amalan budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh seorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain . Manakala berbudi pekerti bermaksud perangai yang baik, berbudi bahasa, pertuturan yang lemah-lembut selaras dengan norma masyarakat malah dengan mengamalkan nilai hemah tinggi kita dapat melahirkan masyarakat penyayang.

Sebagai seorang guru, kita bertanggugjawab untuk menyampaikan setiap satu  komponen yang terlibat dalam nilai hemah tinggi. Di antaranya adalah kesopanan yang merupakan tingkah laku yang bersopan-santun, berbudi pekerti mulia dan beradab, tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain kepada anak-anak didik kita. Contohnya dengan membantu golongan yang perlukan bantuan tanpa mengenal taraf seseorang. Contoh lain dengan menjaga nama baik diri, agama, masyarakat, bangsa dan negara.

Komponen seterusnya adalah mengakui kesalahan diri yang merupakan sikap bersedia menyatakan kesilapan dan kelemahan diri sendiri. Ciri-ciri sikap ini adalah berani berterus-terang, mengakui kesilapan dan kelemahan diri serta insaf malah bersedia membetulkan kesilapan.

Ramah mesra juga merupakan salah satu sikap yang melengkapi komponen nilai hemah tinggi iaitu amalan suka bergaul mesra dan tidak mengasingkan diri seperti kera sumbang agar menjadi insan yang lebih terbuka dan berpengetahuan luas. Amalan ramah mesra termasuklah mudah diajak berunding, berbincang dan berbicara, mesra dan sentiasa memberi senyuman kepada orang di sekeliling, penyabar dengan keadaan sekeliling terutamanya tekanan yang dihadapi semasa bekerja, tidak emosional dalam menjalankan tugas dan kerap bertegur sapa dengan rakan sekerja, jiran dan sesiapa sahaja untuk mencetuskan suasana yang harmoni.

Kesimpulannya, nilai hemah tinggi wajar disemai di dalam sanubari anak-anak didik kita sebagai usaha untuk melahirkan insan yang mempunyai watak yang terpuji di samping berjaya dalam kerjaya kelak. Ini kerana kejayaan di samping akhlak yang musnah tidak membawa makna apa-apa kepada sesuatu organisasi melainkan beban dan kerugian. TAMAT.

Sekian. Salam hormat dari JPIM IPG Kampus Rajang.

This entry was posted in Akademik and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s