'Bukan Islam' dalam masjid atau surau

Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Ahad, 22hb Ogos,  kita di”kejut”kan dengan kes Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang dikatakan memberi “tazkirah” di Surau Al-Huda, Kajang Sentral. Apa yang menariknya adalah, Teo dikatakan diminta oleh pentadbiran surau untuk memberi sepatah dua kata atas sumbangannya bagi memperbaiki pagar surau yang rosak akibat vandalisme beberapa hari sebelum itu.

“Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.,” katanya.

Persoalannya ialah sejauh mana Islam melarang seseorang lain yang ‘bukan beragama Islam’ daripada memasuki ruang masjid atau surau? Kalau kita singkap tabir sejarah, ramai dari penduduk Arab Qurasy yang kafir datang jumpa Nabi di dalam masjid. Mereka tidur  dan  makan dalam masjid, kenapa pula zaman sekarang kita begitu hipokrit mempertahankan ‘kesucian’ masjid dengan alasan mereka tidak menutup aurat. Apa bezanya dengan kaum muslimat kita yang masuk untuk solat di masjid atau surau tetapi tidak menutup aurat sebelum memakai telekung?

Gambar dari myberita.com

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah membincangkan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid. Muzakarah telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab. Walaubagaimanapun, perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang.

Keterangan/Hujah:

  1. Dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta’abbudi amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.
  2. Umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.
  3. Keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.
  4. Sikap membenarkan orang bukan Islam memasuki masjid tidak boleh disamakan dengan sikap tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Kristian kerana konsepnya adalah berbeza.

Sebagai renungan dan panduan kepada kita umat Islam semua. Kalau Jawatankuasa Fatwa dah kata ‘boleh’, janganlah pula kita yang tiada ‘otoriti’ mengeluarkan Fatwa nak memandai-mandai mengeluarkan hujjah yang bertentangan. Dan jangan terlalu ‘rigid’ dengan membataskannya hanya kepada pelancong semata-mata.

SEMOGA ALLAH MERAHMATI KITA  UMAT ISLAM DALAM BULAN MUBARAK INI DAN ‘MEMBUKA’ HATI DAN JIWA KITA UNTUK LEBIH BERSIFAT TERBUKA SETAKATMANA  IA TIDAK MENCEMARKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM.

Salam mesra dari kami di JPIM.

This entry was posted in Umum and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s