Malam-malam Terakhir Ramadhan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Sedar tidak sedar, kini kita sudah berada dipenghujung bulan Ramadan. Persoalannya, apakah kita pasti bahawa ibadah puasa yang telah kita lakukan selama ini telah diterima oleh Allah swt.,  adakah  kita masih melakukan perkara-perkara yang mencacatkan pahala puasa, apakah puasa kita layak diberi ganjaran pahala oleh Allah swt.  atau kita hanya menanggung lapar dan dahaga tanpa sebarang pahala?

Sebetulnya hanya kita sendiri yang dapat menilai kualiti ibadah puasa yang telah dilaksanakan,  kerana ibadah puasa adalah rahsia antara hamba dengan khaliqnya.

Sabda Rasulullah s.a.w. :

” مَنْ صَامَ رَمَضَانَ اِيْمَاناً وَاحْتِسَاباً غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ “.

Maksudnya : “Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan  akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu”. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Antara hikmah diwajibkan berpuasa adalah untuk meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah, sebagaimana firman Allah s.w.t.  dalam surah al-Baqarah ayat 183 :

Maksudnya : ” Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa ” .

Ayat ini menjelaskan kepada kita bahawa kesan puasa bagi orang yang beriman ialah bertambah ketakwaan kepada Allah swt. Justeru, setelah hampir sebulan kita berpuasa, apakah kita merasai takwa kita bertambah atau berkurang?

Apakah jiwa kita semakin bersemangat membanyakkan amal ibadah atau jiwa kita semakin lalai dan meringankan ibadah?  Apakah pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan ini, kita semakin banyak membaca al-Quran,  banyak bersedekah,  beriktikaf,  banyak berzikir dan beristiqfar ? Ataupun pada sepuluh hari terakhir Ramadan ini,  kita habiskan masa dengan membeli-belah, membuat persiapan hari raya,  meninggalkan solat terawih,  kurang membaca al-Quran serta banyak berbual kosong sehingga melupakan kelebihan di akhir Ramadhan?

Firman Allah dalam surah al-Qadar :

Maksudnya : ” Sesungguhnya kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar? malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu,  turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikut) . Sejahteralah malam (yang barakah) itu hingga terbit fajar ” . (Surat al-Qadar ayat  :1-5 )

Kita akan merasa kesal jika mensia-siakan peluang keemasan yang Allah sediakan kepada kita iaitu malam Lailatul Qadar. Kerana segala amal ibadah yang dilakukan pada malam tersebut diberi ganjaran  berlipat kali ganda. Sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri menanti-nanti malam tersebut dan melipatgandakan amalan Baginda, inikan lagi kita sebagai hamba yang banyak melakukan dosa dan sedikit amal. Dalam sebuah Hadis riwayat Bukhari ada menyatakan bahawa Saidatina Aisyah r.a. berkata :

Maksudnya : ” Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. apabila masuk sepuluh hari terakhir Ramadan, Baginda akan mempertingkatkan amal ibadah, menghidupkan malam dan mengejutkan ahli keluarga ” . (HR Bukhari)

Baginda Rasulullah saw. menasihatkan umatnya supaya sentiasa memperbanyak dan mempertingkatkan amal ibadah khususnya pada malam-malam ganjil pada akhir Ramadan. Sabda Baginda dalam sebuah hadis riwayat Bukhari : Maksudnya “Carilah malam Lailatul Qadar pada malam ganjil sepuluh terakhir Ramadan ” . (Hadis riwayat Bukhari).

Justeru, langkah terbaik supaya kita tidak terlepas peluang keemasan malam tersebut hedaklah kita terus beristiqamah melakukan amal ibadah dan memperbanyakkan lagi pada sepuluh malam terakhir terutama pada malam-malam ganjil.

Sesungguhnya  masih belum terlewat untuk kita kembali memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan mengamalkan amalan-amalan berikut :

Berusaha membanyakkan amal ibadah pada bulan Ramadan ini seperti sembahyang terawih,  membaca al-Quran, beriktikaf dan bersedekah .

Berusaha mendapat kelebihan Lailatul Qadar dan keberkatanNya terutama pada malam sepuluh terakhir Ramadan.

Sentiasa memohan keampunan dari Allah dan pembebasan dari azab api neraka.

Menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah untuk diri dan tanggungannya kita.

Semoga kita semua akan terus istiqamah dalam ibadah yang dilakukan sepanjang Ramadhan ini.

Salam mesra dari JPIM.

This entry was posted in Umum and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s