31 Ogos 2010, 53 Usia Kemerdekaan

Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Hari ini, 31 OGOS 2010 kita menyambut ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-53. Semakin lama semakin kurang yang mengibarkan Jalur Gemilang. Walau pun begitu tidak mengibarkan Jalur Gemilang tidak bermakna rakyat Malaysia tidak patriotik dan tidak sayangkan negara.

Jika manusia menginjak usia ke 53 tahun, sudah pasti ‘dia’ sudah begitu matang, dan bagi ‘mereka’ yang memberi khidmat dalam perkhidmatan awam, mereka sudah menghampiri usia persaraan. Dalam ‘usia’ MALAYSIA yang semakin meningkat, hanya kita rakyat Malaysia di bumi Malaysia yang mampu dan berhak membentuk “ke mana hala tuju” Malaysia. Kitalah yang akan menentukan corak masa depan negara Malaysia, sama ada kita mahu ia terus maju mengisi kemerdekaan atau dibiarkan ‘terlungkup’ dalam sekelip mata?

Berjuang mencapai kemerdekaan bukanlah senang, tetapi untuk “menjahanamkan”nya terlalu mudah. Ibarat proses meruntuhkan sebuah bangunan lama, cukup dengan pemasangan bahan peledak, maka runtuhlah bangunan itu menyembah bumi. Pilihan di tangan kita sama ada untuk mempertahankan keharmonian yang ada dengan semangat 1Malaysia, atau memusnahkannya secara senyap bagi mencari “kemerdekaan baharu”. Kemerdekaan baharu dalam ertikata kita ingin bebas sebebas-bebasnya tanpa kongkongan perundangan dan nilai, sehingga akhirnya kita akan dengan mudah di’hina’ dan dicerca negara-negara yang berjiran dengan kita.

Marilah kita bersatu dalam 1Malaysia Menjana Transformasi, agar selepas ini tiada ruang bagi SEGELINTIR rakyat negara jiran yang irihati dan membenci kita kerana ‘buta perundangan’, untuk mengkucar-kacirkan keharmonian dan perpaduan Malaysia.

Walaupun bendera itu cuma sehelai kain, oleh kerana ia merupakan lambang ‘maruah’ bagi mana-mana negara di dunia, maka kita sewajarnya bersedih kalau ada manusia di dunia ini yang memijak-mijak, meludah apatah lagi membakar bendera negara kita.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


This entry was posted in Umum and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s