Pengarah Baharu IPG Kampus Rajang & Pelancaran Tabung Bantuan Bencana Pakistan

Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Tahniah kepada warga IPG Kampus Rajang kerana pengarah baharu IPG, En. Raymond Gai Panting @ Gaie telah melapor diri untuk mengambilalih tugas pengarah berkuatkuasa pada hari ini [1 September 2010].

Pada hari ini juga Tn. Pengarah telah berkesempatan hadir bersama dalam Perhimpunan Bulanan yang ke 8 IPG dan yang pertama bagi beliau. Beliau telah berkesempatan memberi ucapan ‘perkenalan’ kepada warga IPG dan berkongsi pengalaman kerjaya beliau sehingga menjawat jawatan Pengarah IPG Kampus Rajang. Beliau menyimpan hasrat yang tinggi untuk melihat bakal pendidik di IPG Kampus Rajang menjadi antara yang terbaik dan terbilang di Malaysia, di samping memberi sepenuh ‘komitmen’ walau di mana sahaja mereka akan dihantar.

Kesempatan pada perhimpunan bulanan ini juga telah dimanfaatkan oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral dengan kerjasama Jabatan HEP, untuk melancarkan Tabung Bencana Pakistan. Tn. Pengarah telah dengan berbesar hati melancarkannya dengan menjadi ‘penyumbang pertama’ bagi tabung berkenaan. Hasil kutipan ini nanti akan diserahkan melalui TV3 Media Prima Berhad.

SELAMAT DATANG KEPADA PENGARAH IPG KAMPUS RAJANG YANG BAHARU.

This entry was posted in Berita IPRajang and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s