Menepati Waktu/Masa

Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Artikel oleh: Lanting anak Jugam [KPLI-SR (Bimbingan) Ambilan Januari 2010]

Definisi:

Menurut Kamus Dewan, menepati waktu merupakan persetujuan (secara lisan atau bertulis) untuk melaksanakan atau untuk memberikan sesuatu. Ringkasnya kita boleh mengatakan bahawa menepati waktu merupakan perlakuan yang mencirikan seseorang individu sentiasa melakukan sesuatu tanggungjawab mahupun tugas mengikut waktu yang telah ditetapkan ataupun dipersetujui secara lisan mahupun bertulis.

Ciri-ciri Menepati Waktu:

Merujuk kepada profesion keguruan ciri menepati waktu terkandung dalam etika perkhidmatan awam, di mana ia memerlukan seseorang guru atau pendidik menepati waktu sentiasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.  Menepati waktu dapat juga dicirikan sebagai perbuatan atau sifat yang merangkumi menepati janji, mengurus masa, bahagi dan guna masa sepenuhnya, menggunakan jadual waktu dalam perancangan aktiviti harian, bertindak tidak berlengah-lengah untuk menyiapkan kerja serta tak menangguhkan kerja yang telah diamanahkan kepadanya.

[Gambar hiasan]

Pertama, kita membincangkan ciri menepati waktu berdasarkan sudut menepati janji iaitu kita sentiasa menepati setiap janji yang telah kita nyatakan kepada seseorang, kelompok masyarakat, organisasi mahupun pertubuhan yang mana kita berada dalam perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak yang berkaitan. Kalau kita melihat aspek menepati janji dalam profesion keguruan ia merupakan satu daripada perkara yang amat ditekan oleh pihak kerajaan melalui konsep yang terkandung dalam falsafah pendidikan Negara. Iaitu seorang guru perlu menepati janji yang disaran oleh kerajaan dalam mendidik anak bangsa yang memerlukan bimbingan agar mereka menjadi insan yang sempurna dari aspek jasmani, emosi, intelek disamping memiliki kerohanian yang tinggi. Untuk itu adalah menjadi kepentingan individu yang bergelar guru menepati janji dari sudut perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Mengurus masa merupakan aspek yang amat ditekankan dalam ciri-ciri menepati waktu. Ini kerana pengurusan masa yang baik akan menjadikan seseorang individu secara tidak langsung dapat menepati janji yang telah diaturkan ataupun menepati waktu yang dipersetujui terlebih dahulu. Mengulas perkara ini, pengurusan masa yang baik akan mendisplinkan setiap individu yang Berjaya dalam tugas yang mereka lakukan termasuk juga kehidupan harian yang mereka lalui akan menjadi lebih sistematik dan terurus. Kalau kita merujuk atau melihat kepada profesion keguruan di Negara kita Malaysia, pengurusan masa yang baik dalam sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan menjadikan sesebuah sekolah tersebut dapat menjalankan segala fungsi serta tanggungjawab mengikut apa yang telah dirancang oleh pihak kerajaan. Maknanya disini guru-guru yang terlibat dalam merancang segala pengurusan masa agar apa yang telah dirancang atau diaturkan dapat dijalankan dengan sistematik dan efisien dalam konteks konsep menepati waktu berdasarkan ciri mengurus masa.

Ciri menepati waktu yang dapat diaplikasikan dalam konsep kita memartabatkan profesion keguruan melihat kepada pembahagian masa oleh guru dan juga penggunaan masa sepenuhnya bagi mendidik anak bangsa. Pada pandangan umum seseorang guru hendaklah mempunyai cara tersendiri atau strategi sendiri bagi mengatur masa yang diberikan oleh pihak kementerian berdasarkan sistem persekolahan. Untuk menyahut cabaran sistem pendidikan Negara, seseorang individu khususnya guru hendaklah pandai menggunakan atau membahagikan masa yang sedia ada untuk menyampaikan segala ilmu dan maklumat  kepada murid. Maksudnya disini, pembahagian masa yang sistematik serta efisien dan juga menggunakan masa yang ada dengan aktiviti yang sepatutnya amatlah mencerminkan nilai moral yang tinggi dalam konteks moral menepati waktu.

Penggunaan jadual waktu dalam ciri menepati waktu merupakan elemen yang amat penting dipraktikan dalam kehidupan harian seseorang individu. Iaitu dalam menjalani kehidupan seharian adalah lebih baik jika mempunyai jadual yang telah dirancang bagi mengelakkan berlakunya sebarang masalah atau pembaziran masa bagi mencapai apa yang kita kehendaki dalam kehidupan.  Begitu juga,  kalau kita mengambil kira peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam mendidik anak bangsa. Untuk menjadikan seseorang guru itu berfungsi mengikut tanggungjawab serta peranan yang dimainkan penggunaan jadual yang sistematik serta terancang dalam mendidik anak bangsa akan meningkatkan lagi keberkesanan peranan mereka dalam menyumbangkan ke arah pembangunan anak bangsa serta Negara.

Pendekatan yang dapat diguna pakai dalam mengatasi masalah ketepatan masa:

Untuk mengatasi masalah berlakunya kelewatan dan ketidaktepatan masa dalam kehidupan seseorang guru yang kita bincangkan dalam konteks menepati masa beberapa panduan ataupun langkah berikut dapat kita ambil bagi mengelakkan berlakunya sikap tidak menepati waktu. Antara pendekatan tersebut termasuklah:

  • Adakan jadual (planner) harian, mingguan dimana semua temu janji (aktiviti, program, mesyuarat dan lain-lain dicatatkan).
  • Setiap hari, sekali di waktu pagi dan sekali sebelum tidur semak jadual yang telah disediakan.
  • Selesaikan urusan-urusan lain lebih awal sebelum temu janji.
  • Pastikan lokasi temu janji diketahui  supaya tiada alasan sesat yang akan melewatkan
  • Rancangan perjalanan ke lokasi temu janji supaya tiada alasan sesat yang akan melewatkan.
  • Rancangan perjalanan ke lokasi temu janji dengan mengambil kira faktor jarak, kesesakan lalu lintas dan lain-lain.
  • Biasakan diri untuk tiba dilokasi sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu temu janji bermula
  • Sentiasa berazam untuk menjadi orang yang pertama sampai ke lokasi temujanji.
  • Minta kerjasama pasangan untuk saling ingat mengingatkan waktu temujanji dan berusaha untuk memudahkan pasangan menepati waktu.

Secara kesimpulannya, kita dapat mengatakan bahawa nilai moral menepati waktu merupakan nilai yang perlu dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira batasan budaya, masyarakat dan juga kelompok individu. Ini kerana kejayaan seseorang individu amatlah bergantung kepada sikap menepati waktu dalam hidup sama ada aktiviti harian, kerja dan juga tanggungjawab yang perlu dilaksanakan atau disiapkan.

Sekian.  Semoga perkongsian dapat memberi manfaat kepada semua.

Salam Hari Malaysia dari JPIM IPG Kampus Rajang.

This entry was posted in Akademik and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s