Bermaruah

Assalamualaikum.  Salam Sejahtera.

Artikel oleh: Emmaliana anak Robert (KPLI-SR BIMBINGAN JANUARI 2010)

Bermaruah bermaksud mempunyai kehormatan diri yang perlu dipelihara oleh setiap insan yang bergelar manusia. Ia juga merupakan identiti seseorang itu. Seseorang yang bermaruah akan dipandang mulia oleh masyarakat. Bermaruah juga salah satu perbuatan yang bermoral. Pelbagai contoh yang boleh memperlihatkan seseorang itu bermaruah antaranya, cara bepakaian, pertuturan, tingkah laku dan cara sesorang itu bertindak. Untuk memastikan seseorang itu bermaruah, kita perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang hina di mata masyarakat seperti, pelacuran, hubungan seks luar nikah, rogol, pembuangan bayi, rasuah, penderaan dan sebagainya.

Namun begitu, kita sering didedahkan dengan berita salah laku seks dan pembuangan bayi dalam akhbar dan majalah. Apa yang menyedihkan lagi, perkara seperti ini tidak pernah lupus sejak dari dulu lagi malah ianya seperti suatu budaya yang dianggap tidak asing dalam kalangan remaja pada masa kini. Ini jelas menunjukkan manusia yang melakukan perkara sedemikian tidak bermaruah. Apa yang lebih menyedihkannya lagi, kejadian tersebut turut melibatkan golongan remaja yang menjadi harapan negara pada masa hadapan. Mengapakah hal ini semakin berleluasa dalam kalangan remaja di negara kita? Adakah hal ini berlaku kerana kurangnya didikan ibu bapa atau guru-guru di sekolah? Perkara seperti ini amat membimbangkan kita kerana ia boleh menjejaskan masyarakat di negara kita.

Selain itu, perbuatan rasuah dalam kalangan penjawat awam juga menjadi suatu budaya yang biasa berlaku dalam perkhidmatan awam. Di mana letaknya maruah diri seseorang itu sehingga sanggup melakukan perbuatan terkutuk itu. Tidak sedarkah mereka bahawa habuan yang mereka terima itu digunakan untuk membeli keperluan asas itu adalah tidak halal. Masyarakat seharusnya memandang serius hal seperti ini kerana maruah diri seseorang itu telah tercemar. Apabila perkara seperti ini tidak dibendung, ia akan berlarutan sehingga menular ke setiap lapisan masyarakat sehingga mereka menganggap rasuah itu menjadi kebiasaan yang tidak salah dari segi undang-undang.

Pada hakikatnya, seseorang yang bermaruah sangat penting. Apabila seseorang itu bermaruah, kita akan dihormati oleh anggota masyarakat. Setiap perkara yang kita lakukan juga akan menjadi teladan kepada masyarakat yang lain. Selain itu, masyarakat juga akan menaruh kepercayaan sepenuhya kepada kita, dan setiap tindakan yang kita lakukan akan diberkati oleh Tuhan. Bermaruah juga dapat mengelakkan seseorang itu melakukan perkara yang terkutuk. Seorang yang bermaruah akan dapat menilai perbuatan yang positif dan negatif. Mereka tidak akan melibatkan diri dengan gejala yang boleh menjatuhkan maruah diri seseorang yang boleh menjejaskan imej diri sehingga dipandang hina oleh masyarakat.  Apabila kita menjauhi diri daripada perbuatan terkutuk, ia bermaksud kita memelihara maruah diri.

Imej keluarga juga terpelihara apabila seseorang itu bermaruah. Ini adalah supaya masyarakat tidak akan memandang rendah terhadap kita. Apabila seseorang itu melakukan perkara yang terkutuk, imej keluarga terutamanya ibu bapa akan menerima tamparan hebat dan cemuhan daripada masyarakat. Contohnya, kes seperti remaja yang mengandungkan anak luar nikah, ibu bapa remaja berkenaan akan mendapat malu sehingga mereka dicemuh kerana akibat daripada pebuatan anak-anak mereka. Ini adalah disebabkan remaja itu tidak bermaruah.

Oleh itu, untuk mengelakkan perbuatan tidak bermaruah, seseorang itu hendaklah mempunyai pegangan agama yang utuh. Ini adalah kerana setiap agama melarang kita daripada melakukan perkara yang tidak bermoral dan agama juga menuntut umatnya berkelakuan baik dan menghindari diri daripada perbuatan sumbang. Ingatlah balasan buruk yang akan kita terima sekiranya tidak bermaruah. Selain mendapat malu, kita juga telah merosakkan diri serta masa depan kita sendiri. Cuba kita renungkan kata-kata Aristotle yang berbunyi, ‘Peribadi yang baik memelihara kita daripada melakukan pekerjaan yang keji.’

Sekian.  Semoga perkongsian dapat memberi manfaat kepada semua.


This entry was posted in Akademik and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s