Drama Piala Ketua Menteri

PERTANDINGAN DRAMA PIALA KETUA MENTERI dan SEMINAR SENI LAKON DALAM PENDIDIKAN PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2010

Pertandingan  Drama dan Seminar tersebut telah berlangsung di Dewan Suarah Sibu pada 27 September sehingga 2 Oktober 2010. Tuan Rumah pada tahun ini ialah IPG Kampus Rajang.

Perasmian Pembukaan telah dilakukan oleh YB Datin Hajjah Fatimah binti Abdullah, Menteri di Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 29 September 2010.

Perasmian Penutupan pula telah di sempurnakan oleh YAB Pehin Seri Haji Abdul Taib Mahmud, Ketua Menteri Sarawak pada sebelah malam, 2 Oktober 2010.

Johan bagi drama pada tahun ini diungguli oleh IPG Kampus Batu Lintang, sementara Naib Johan pula ialah IPG Kampus Rajang

Sinoposis “Baru Lintang Di Puncak Menara”. [IPG Kampus Batu Lintang]

Mengisahkan Batu Lintang sebagai sebuah Institusi Pendidikan dalam tiga generasi. Generasi awal, Batu Lintang sebuah lokasi bekas tawanan perang oleh tentera Jepun. Selepas Jepun kalah, ia dijadikan tempat latihan guru.

Generasi awal yang diwakili Pengetuanya En. Dickson dan pelajar awal di Maktab Perguruan Batu Lintang seperti Abg. Mentaril, Numpang, Kitingan dan Pengiran Matusin. Bagaimanapun Abg. Mentaril tidak yakin yang Batu Lintang akan menjadi sebuah universiti pada masa depan memandangkan ia adalah tempat yang penuh kedukaan, kesengsaraan dan penderitaan semasa Jepun. Mr. Dickson sebaliknya amat yakin bahawa Batu Lintang akan menjadi pusat pengajian bertaraf universiti masa masa depan.

Generasi kedua diwakili ibubapa Abang Sarkawi yang pernah menjadi pelatih di Maktab Perduruan Batu Lintang di tahun 70an. Mereka amat mengharap dan menggalakkan agar Abang Sarkawi dapat menjadi guru suatu hari nanti.

Generasi akhir diwakili Abang Sarkawi yang pada mulanya tidak meminati bidang perguruan, tetapi telah secara sedikit demi sedikit meminati bidang ini. Setelah 3 tahun di IPG Kampus Batu Lintang, dia semakin meminati bidang perguruan, tambahan pula dia mempunyai rakan yang akrab iaitu Felecia dan Mek. Sarkawi juga merupakan model pelajar keluaran IPG Kampus Batu Lintang yang akan mencorak sistem pendidikan negara…

Sinopsis “Samak”. [IPG Kampus Rajang]

Samak, sebuah drama muzikal bertemakan penyucian rohani, selaras dengan maksud literarinya iaitu yang menyucikan dan mengukuhkan. Ia cuba mengupas  persoalan pergolakan jiwa insan yang dibuai nikmat dunia sehingga lupa diri. ‘Samak’ cuba membawa penonton menyedari dan menginsafi kekuasaan Allah swt, Maha Pengasih dan Maha Pengampun, serta kebenaran hari pembalasan. Penyucian rohani berlaku apabila seseorang individu tersebut insaf dan sedar kesilapan masa lampaunya.

Samak memaparkan sebuah kisah ‘imbas kembali’ tentang cinta tiga segi antara Zaki,  Merina dan Joe. Watak Merina adalah hakikat insan yang hidup bergelumang dosa dan noda, mencari jalan mudah untuk kebahagiaan dunia.

Drama ini di akhiri dengan satu kesan katatarsis kepada penonton kerana Marina telah kembali ke jalan yang benar…

This entry was posted in Berita IPRajang and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s