Salam Aidiladha dari JPIM

HARI ini, umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Korban. IPG Kampus Rajang tidak ketinggalan meraikan Aidiladha tahun ini dimulai dengan solat sunat Aidiladha di surau kampus diikuti upacara korban, dengan menyembelih dua ekor lembu.

Walaupun kecenderungan menyambut Aidiladha tidaklah begitu terserlah seperti mana tumpuan yang berlebih-lebihan yang diberikan kepada Aidilfitri tetapi hari memperingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s yang sanggup berkorban dengan menyembelih anaknya, Nabi Ismail a.s tetap signifikan untuk sepanjang zaman.

Selain daripada umat Islam berkemampuan digalakkan melaksanakan ibadah korban seperti mengorbankan unta, lembu atau kambing, makna di sebalik peristiwa korban Nabi Ibrahim a.s sebenarnya mempunyai pengertian lebih luas dan mendalam.

Pengorbanan yang dituntut oleh agama bukan setakat melakukan penyembelihan haiwan tetapi lebih daripada itu sama ada yang bersangkut-paut dengan hubungan kita dengan Allah SWT, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara.

Dari segi hubungan kita dengan Allah SWT, seharusnya kita perlu sering menyoal diri sendiri sejauhmanakah amalan dan tanggungjawab yang telah kita penuhi kepada Tuhan.

Di samping amalan yang dituntut oleh agama seperti solat lima waktu, berpuasa dan lain-lain lagi, adakah kita berpuas hati dengan tahap pengorbanan kita dalam menunaikan ajaran agama dan meninggalkan perkara-perkara yang ditegah dan diharamkan.

Contoh jelas ialah Islam amat melarang kita daripada menyebarkan fitnah dan menjatuhkan aib seseorang tetapi dalam situasi  semasa di Malaysia, fitnah seakan-akan menjadi budaya dalam masyarakat.

Di Internet, semakin ramai daripada umat Islam tidak merasa berdosa untuk menyebarkan fitnah bagi memburukkan  individu tertentu sehingga mencemarkan maruah seluruh keluarga terbabit.

Malah ramai pula masyarakat Islam semakin longgar dari segi ikatan kekeluargaan. Kita makin hilang sikap sanggup berkorban untuk mengekalkan keharmonian keluarga.

Di media massa, berita-berita anak-anak derhaka semakin menjadi-jadi sehingga kita kerap dikejutkan dengan kejadian kejam melibatkan ibu bapa disembelih oleh anak-anak sendiri.

Seiring dengan peredaran masa dan tuntutan hidup yang semakin mencabar, hubungan anak dan ibu bapa makin renggang. Malah, makin ramai anak yang mengambil sikap tidak peduli mengenai nasib ibu bapa mereka termasuk kewajipan dan pengorbanan yang sepatutnya mereka lakukan untuk membahagiakan ibu bapa yang telah banyak berkorban demi anak-anak.

Jika semangat korban Nabi Ibrahim itu dihayati dengan penuh keinsafan, umat Islam akan dapat mengharungi kehidupan mereka dengan lebih bertanggungjawab seperti mana yang dituntut oleh agama. Selamat Hari Raya Aidiladha.

This entry was posted in Umum and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s