Tandas Awam: Kebersihan

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.

Saya tertarik dengan satu rencana oleh Awang Selamat dalam Utusan Online pada 23.11.2010. Untuk renungan dan tindakan bersama, saya ‘lekat’kannya di sini.

AWANG geleng kepala apabila mengetahui hanya 7 peratus daripada 5,764 tandas awam di seluruh negara mencapai tahap kebersihan lima bintang.

Malah satu audit menunjukkan 51.6 peratus daripada tandas- tandas itu hanya berada pada tahap satu atau dua bintang – suatu bukti betapa teruknya tahap kekotoran tandas awam di negara kita.

Awang sebenarnya tidak terkejut dengan pendedahan tersebut kerana percaya kebanyakan kita sering ‘terpaksa’ menggunakan tandas awam yang kotor.

Dua kemungkinan mengapa keadaan itu berlaku. Pertama, penyelia tandas berkenaan tidak menjaganya dengan baik. Kedua, pengguna tidak menggunakannya secara berhemah.

Bagi Awang, soal penyelia tandas awam tidak menjaganya dengan baik lebih mudah diatasi berbanding dengan tabiat buruk pengguna tandas awam.

Amat memualkan apabila selaku pengguna, kita mengharapkan orang lain membantu membersihkan kemudahan yang sepatutnya kita sendiri lakukan.

Kita tidak perlulah meletakkan sebarang gajet bagi memaksa pengguna tandas awam tertib tetapi memadai dengan kesedaran jiwa untuk memastikan kemudahan awam itu sentiasa bersih.

Awang – Kita mulakan!

Semoga tandas awam kita lebih terjaga selepas mengetahui tahap kebersihan yang amat memalukan ini. “Malu bertanya, sesat jalan”. Kalau tidak tahu cara menggunakan tandas dengan betul, maka bertanyalah kepada penyelia tandas berkenaan.

Bayaran 20 sen atau 50 sen yang kita hulurkan ketika sebelum masuk menggunakan tandas bukanlah satu “lesen” bagi kita untuk membiarkan najis ‘berkeliaran’ dalam bilik tersebut, sebaliknya hendaklah kita memastikannya diurus dengan sempurna.

Hendaknya tiada lagi iklan-iklan lucah menghiasi dinding tandas awam, tiada lagi kertas suratkhabar yang menyekat aliran air dalam mangkuk tandas, tiada lagi bau hancing yang boleh memudharatkan hidung, tiada lagi mangkuk tandas atau sinki yang sumbing atau retak atau pecah, tiada lagi sampah sarap merata-rata.

Kebersihan tandas awam tanggungjawab bersama, bukan semata-mata tugas penyelia tandas. Buka minda, bertimbangrasa, usah ego dan sombong. Kemuliaan anda adalah bagaimana anda menggunakan kemudahan awam dengan baik dan bertimbangrasa.

Malaysia Boleh !!!

This entry was posted in Umum and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s